Sunday, November 21, 2010

Temuduga DH41 Pegawai Pengajian Tinggi (PPPT) - Pensyarah DH41

Salam,
ada sapa-sapa dapat surat untuk interview DH41? erti kata lain interview untuk jawatan DH41 iaitu jawatan pensyarah di politekinik atau kolej komuniti under Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE).. TAHNIAH !!!
Saya rasa nak share la macam mana interview tu. saya dah interview pada bulan 10 lepas. Biasanya tempat temuduga memang di SPP, Putrajaya.Tak tau kat mana? SPP, Putrajaya terletak di Putrajaya ler :P. Bangunan SPP adalah bersebelahan dengan MAMPU. Sangat dekat dengan Masjid Putrajaya.
Okeh, bagi yang dpaat interview tu kena la bersedia dari segi mental dan fizikal .. hihi..
kena baca buku sikit la.. pengetahuan am dan juga berkaitan pengkhususan yang ditawarkan kepada kita. Study sikit ye..
Perkara penting yang perlu dititik beratkan ialah aspek Pakaian. Kena pakai pakaian formal ye. Sila pakai kasut bertutup. Penampilan adalah penting. Soalan dapat ke tak dapat jawab masa interview tu tolak tepi dulu... hihi
Nanti bila sampai SPP jangan terkejut kalau tengok ramai org pakai blazer and nametag... tu pon salah satu penampilan guru/pensyarah.So, kalau nak pakai....boleh juga...terpulang...mungkin ada markah di situ.
Datang awal mase interview sebab interview adalah mengikut 'first come,first serve'
dan ada banyak bilik temuduga..
Semua sijil yang dikehendaki mestilah lengkap.. original & photostat.. Jangan tertinggal..tak berbaloi nnt kena balik je...
PART DALAM BILIK TEMUDUGA DH41
Sebelum masuk tu...ketuk pintu and beri salam..
masuk dalam senyum dan jangan duduk selagi belom disuruh ye...
tenang....tunggu ape penemuduga akan tanya...
antara soalan semasa sesi temuduga saya adalah :-
1. Perkenalkan diri - cerita tentang latar belakang kerja & pengalaman kerja
2. Isu semasa - 1 Malaysia, Malaysia Merdeka
3. Ditanya tentang apa beza Poli & Kolej Komuniti?
4. Pastu Penemuduga suruh kita pilih nak ajar mana? Poli or KK? hihihi... so pilih la dan bg alasan..
5. Soalan berkaitan pengkhususan (Akaun) - kena mengajar sikit...
Itu sahaja... good luck pada yang bakal ditemuduga...
xoxo

2 comments:

  1. salam...tumpang tanya. kat mana saya nak isi borang nk jadi lecturer poli tuh? bila biasa nya borang tuh kluar? tq~~~

    ReplyDelete
  2. hi..thanks for the info..i hari rabu ni...oo..skrg dah kne ngaja ek? b4 ni kawan2 tak kene pon...owh..mkin gementar pulak..huhu

    ReplyDelete